Selasa, 19 Februari 2008

Episod 1.

Jun, merupakan seorang lelaki yang hidup dengan penuh kesusahan. Tidak pernah kenal akan erti kesenangan. Bagi nya, ini semua takdir ilahi. Akan tetapi, dia mempunyai azam dan cita-cita tersendiri iaitu hidup nya ini akan berubah serta merta dari kesusahan yang dialami nya sekarang ini.
Selepas menghantar ibubapa nya ke rumah orang tua, dia memulakan perjalanan hidup baru di tengah kota. Di kota, apa yang perlu dicari dahulu adalah pekerjaan. Pada hari pertama, tiada kerja untuk diri nya. Tetapi dia tidak berputus asa. Malam nya itu, tanpa memikirkan tempat tinggal, dia tidur sahaja di bahagian belakang deretan kedai yang agak kotor dan busuk itu kerna bagi nya, disitu, tidak akan ada sesiapa yang menyedari diri nya.
Di hari kedua nya pula, mungkin sudah tertulis dalam suratan takdir nya, dia, berjaya mendapatkan kerja. Kerja yang tidak seberapa ini bagi nya cukup bermakna untuk dia meneruskan hidup buat masa ini.