Selasa, 19 Februari 2008

Episod 1.

Jun, merupakan seorang lelaki yang hidup dengan penuh kesusahan. Tidak pernah kenal akan erti kesenangan. Bagi nya, ini semua takdir ilahi. Akan tetapi, dia mempunyai azam dan cita-cita tersendiri iaitu hidup nya ini akan berubah serta merta dari kesusahan yang dialami nya sekarang ini.
Selepas menghantar ibubapa nya ke rumah orang tua, dia memulakan perjalanan hidup baru di tengah kota. Di kota, apa yang perlu dicari dahulu adalah pekerjaan. Pada hari pertama, tiada kerja untuk diri nya. Tetapi dia tidak berputus asa. Malam nya itu, tanpa memikirkan tempat tinggal, dia tidur sahaja di bahagian belakang deretan kedai yang agak kotor dan busuk itu kerna bagi nya, disitu, tidak akan ada sesiapa yang menyedari diri nya.
Di hari kedua nya pula, mungkin sudah tertulis dalam suratan takdir nya, dia, berjaya mendapatkan kerja. Kerja yang tidak seberapa ini bagi nya cukup bermakna untuk dia meneruskan hidup buat masa ini.

Khamis, 31 Januari 2008

Pengenalan.

Masa. Ianya tidak pernah menunggu kita. Kita sahaja yang lalai dan leka. Berlalu dengan begitu sahaja. Pembazirannya tidak terasa di awalan dan ia akan terasa ketika di akhiran. Pergi tanpa disedari. Tanpa pengetahuan kita. Adakah kita sedar akan itu semua. Peribahasa Melayu Pujangga dan Moden ada mengatakan, MASA ITU EMAS. Benar atau Tidak?

Kemajuan terus membangun dengan pesat. Semakin hari semakin bertambah kemajuan yang ada di negara kita ini. Semakin banyak bangunan pencakar langit didirikan. Semakin banyak hutan yang ditebang dan diterokai. Demi pembangunan.

Sebenarnya, dalam masa berlalu, tinggal lah seorang lelaki berumur belasan tahun yang tidak bersekolah kerana kesempitan hidup yang dialami keluarga nya. Untuk masa sekarang, dia tidak lagi hidup bersama keluarga nya kerana dia, atau nama gelaran nya, JUN menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua. Jun mahu memulakan hidup baru nya secara sendiri. Jun mahu berdikari.

Ahad, 27 Januari 2008

Salam Perkenalan.

Assalammualaikum.
Salam perkenalan diucapkan kepada semua blogger-blogger yang dikasihi dan dihormati.
Aku, SnowFlakes, baru sahaja melibatkan diri dalam alam blog ini.
Alam ini baru sahaja aku kenali dan ianya telah menarik minat ku untuk melibatkan diri.
Bagi aku, aku akan cuba ihamkan yang terbaik di dalam blog ku ini.
Semoga anda semua terhibur.
Selamat.