Khamis, 31 Januari 2008

Pengenalan.

Masa. Ianya tidak pernah menunggu kita. Kita sahaja yang lalai dan leka. Berlalu dengan begitu sahaja. Pembazirannya tidak terasa di awalan dan ia akan terasa ketika di akhiran. Pergi tanpa disedari. Tanpa pengetahuan kita. Adakah kita sedar akan itu semua. Peribahasa Melayu Pujangga dan Moden ada mengatakan, MASA ITU EMAS. Benar atau Tidak?

Kemajuan terus membangun dengan pesat. Semakin hari semakin bertambah kemajuan yang ada di negara kita ini. Semakin banyak bangunan pencakar langit didirikan. Semakin banyak hutan yang ditebang dan diterokai. Demi pembangunan.

Sebenarnya, dalam masa berlalu, tinggal lah seorang lelaki berumur belasan tahun yang tidak bersekolah kerana kesempitan hidup yang dialami keluarga nya. Untuk masa sekarang, dia tidak lagi hidup bersama keluarga nya kerana dia, atau nama gelaran nya, JUN menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua. Jun mahu memulakan hidup baru nya secara sendiri. Jun mahu berdikari.

1 ulasan:

13may berkata...

Bila nak sambung nih...hehhe